cahaya iman blogger
Isnin, 2 Mei 2016
Rabu, 25 November 2015
HAK WANITA BEKERJAYA
PENGENALAN
Kajian ini bertujuan untuk
mengetahui sejauhmanakah kefahaman masyarakat dalam melaksanakan tanggunjawab
nafkah isteri yang bekerja. Penulisan ini dimulakan dengan menghuraikan peranan
wanita dalam institusi kekeluargaan dan mengimbangi tuntutan akademik dan
kerjaya. Diikuti selepas itu dengan perbincangan mengenai sejauhmana nafkah
wajib dilaksanakan oleh suami jika isterinya bekerja sedangkan pendapatan suami
sudah cukup untuk menyara hidup mereka. Kajian kepustakaan dan kajian lapangan
telah dilakukan bertujuan untuk meneliti, sejauhmana perlaksanaan nafkah
terhadap isteri bekerja diterimapakai
dalam masyarakat Islam.
PENDAHULUAN
Islam sebagai agama yang
diredhai Allah S.W.T merupakan satu cara hidup yang lengkap. Ia adalah suatu sistem
yang mencakupi peraturan-peraturan secara menyeluruh serta undang-undang yang
lengkap dalam semua urusan hidup manusia untuk kita terima dan mengamalkannya
secara total.Islam meletakkan wanita pada tempat yang tinggi dan mulia iaitu
sesuai dengan fitrahnya.
Wanita yang bekerjaya adalah insan yang sangat penting
dan memainkan peranan dalam institusi kekeluargaan, komuniti dan agama.
Kebanyakan wanita di Malaysia memiliki pendidikan dan terlibat di dalam
pekerjaan.
Golongan
isteri bekerjaya berperanan sebagai tulang belakang kepada suami untuk menambah
pendapatan keluarga. Tiada halangan budaya atau agama kepada kemajuan
wanita kerana Islam membenarkan wanita keluar bekerja dan membina karier selagi
tanggungjawab hakiki kepada keluarga tidak terabai.
LATAR
BELAKANG KAJIAN
Kerja merupakan suatu yang diperlukan oleh manusia.
Keperluan itu boleh jadi bermacam-macam, berkembang dan berubah. Seseorang
bekerja kerana ada sesuatu yang hendak dicapainya dan berharap bahawa kerja
yang dilakukannya akan membawanya kepada suatu keadaan yang lebih memuaskan
daripada keadaan sebelumnya.
Realiti hari ini memaparkan bahawa wanita-wanita yang bergelar isteri kebanyakannya berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang profesional seperti kedoktoran, kejuruteraan, kehakiman dan sebagainya. Sehubungan itu, Islam mengharuskan wanita keluar bekerja berpandukan pandangan ulama yang menegaskan bahwa harus bagi wanita yang tidak mempunyai sumber pendapatan sama ada dari pihak suami, kaum kerabatnya atau pun Baitulmal mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan.
Realiti hari ini memaparkan bahawa wanita-wanita yang bergelar isteri kebanyakannya berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai kelayakan dalam bidang profesional seperti kedoktoran, kejuruteraan, kehakiman dan sebagainya. Sehubungan itu, Islam mengharuskan wanita keluar bekerja berpandukan pandangan ulama yang menegaskan bahwa harus bagi wanita yang tidak mempunyai sumber pendapatan sama ada dari pihak suami, kaum kerabatnya atau pun Baitulmal mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan.
Dengan ini, isteri yang bekerja di luar rumah
meyebabkan penyerahan dirinya terhadap suami terjejas. Sedangkan penyerahan
diri isteri yang sempurna terhadap suami adalah syarat bagi isteri mendapat hak
nafkah dari suami. Justeru adakah penyerahan diri isteri yang tidak sempurna
(ihtibas naqis) kepada suami menyebabkan
suami masih diwajibkan menanggung nafkah isteri ataupun tidak. Adakah hak tersebut
gugur sekiranya isteri keluar bekerja tanpa keizinan suami kerana perbuatan
tersebut dianggap sebagai perbuatan nusyuz.
Justeru penentuan hukum diperlukan bagi menjawab
segala persoalan yang timbul di atas. Mereka bersepakat menyatakan sekiranya pendapatan
suami sudah mencukupi untuk membiayai perbelanjaan keluarga dan dia tidak
membenarkan isteri keluar bekerja, maka haram kepada isteri mengingkari
larangan tersebut dan dia berhak mendapat nafkah dari suaminya. Ini kerana di
antara hak suami yang sewajarnya menjadi tanggungjawab isteri ialah mentaati
suami dan penyerahan sempurna untuk suami sama ada di waktu siang atau malam.
Justeru penglibatan isteri dalam bidang kerjaya dan
pekerjaan di luar rumah akan menjejaskan ruang dan masanya yang sepatutnya
diperuntukkan bersama suami terutama pekerjaan yang boleh memberi kesan
sampingan terhadap kesihatan dan keterampilannya.
SKOP / RESPONDEN KAJIAN
Terdiri daripada wanita
bekerjaya yang telah berkahwin
dan menyambung pelajaran.
LOKASI KAJIAN
1.
Fakulti Pengajian Islam UKM ( PBJJ )
PERMASALAHAN KAJIAN
Dalam meneruskan era penuh ketamadunan kini, wanita terpaksa berdepan dengan kemelut utama sama ada perlu bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa. Andai tak bekerja, kemungkinan kehidupan tidak terjamin ketika suami tidak boleh diharapkan untuk menampung keperluan keluarga dan jika bekerja pula, bimbang terlucut hak sebagai isteri untuk dibiayai segala keperluan harian oleh suami.
Nafkah isteri dan anak-anak merupakan tanggungan suami tetapi masih ada kes suami dan bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab menyebabkan berlakunya konflik kekeluargaan di kalangan wanita bekerjaya apabila suami tidak memberikan nafkah seperti penceraian, tekanan emosi, keterlibatan anak-anak dalam gejala sosial.
Masalah pengurusan masa yang sangat padat serta tidak diselarikan antara kuantiti dan kualiti masa disebabkan oleh kesibukan wanita dalam komitmen mereka pada kerjaya dan keluarga menyebabkan kurangnya kasih sayang dalam sesebuah keluarga.
Bagi wanita bekerja yang sudah berkeluarga dan mempunyai suami serta anak-anak, mereka mempunyai beban dan hambatan tugas yang lebih berat berbanding suami. Ini kerana sebelum seseorang wanita itu keluar dari rumah untuk bekerja, mereka lebih dahulu perlu menguruskan suami, anak-anak dan hal-hal lain yang berkaitan rumahtangganya. Namun, apabila mereka ingin keluar bekerja, mereka tetap perlu meninggalkan anak yang masih kecil untuk dijaga oleh pembantu rumah atau dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Justeru itu, masalah yang banyak berlaku kini adalah pelbagai tragedi yang menimpa anak-anak ketika si anak terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh.
Dalam meneruskan era penuh ketamadunan kini, wanita terpaksa berdepan dengan kemelut utama sama ada perlu bekerja atau menjadi suri rumah sepenuh masa. Andai tak bekerja, kemungkinan kehidupan tidak terjamin ketika suami tidak boleh diharapkan untuk menampung keperluan keluarga dan jika bekerja pula, bimbang terlucut hak sebagai isteri untuk dibiayai segala keperluan harian oleh suami.
Nafkah isteri dan anak-anak merupakan tanggungan suami tetapi masih ada kes suami dan bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab menyebabkan berlakunya konflik kekeluargaan di kalangan wanita bekerjaya apabila suami tidak memberikan nafkah seperti penceraian, tekanan emosi, keterlibatan anak-anak dalam gejala sosial.
Masalah pengurusan masa yang sangat padat serta tidak diselarikan antara kuantiti dan kualiti masa disebabkan oleh kesibukan wanita dalam komitmen mereka pada kerjaya dan keluarga menyebabkan kurangnya kasih sayang dalam sesebuah keluarga.
Bagi wanita bekerja yang sudah berkeluarga dan mempunyai suami serta anak-anak, mereka mempunyai beban dan hambatan tugas yang lebih berat berbanding suami. Ini kerana sebelum seseorang wanita itu keluar dari rumah untuk bekerja, mereka lebih dahulu perlu menguruskan suami, anak-anak dan hal-hal lain yang berkaitan rumahtangganya. Namun, apabila mereka ingin keluar bekerja, mereka tetap perlu meninggalkan anak yang masih kecil untuk dijaga oleh pembantu rumah atau dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Justeru itu, masalah yang banyak berlaku kini adalah pelbagai tragedi yang menimpa anak-anak ketika si anak terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh.
OBJEKTIF KAJIAN
- Mengenalpasti
kefahaman masyarakat tentang wanita dan kerjaya.
- Mengenalpasti
hak nafkah wanita bekerja.
- Mengenalpasti
hak keluarga bagi wanita bekerja.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan ini timbul ekoran daripada
meningkatnya bilangan kaum wanita yang berkecimpung dalam pelbagai lapangan
pekerjaan.
- Apakah pandangan
masyarakat terhadap wanita yang berkerjaya?
- Sejauhmanakah tahap
kefahaman wanita yang bekerja mengenai hak nafkah mereka?
- Bagaimanakah wanita
berkerjaya mengimbangi peranan mereka terhadap keluarga dan kerjaya?
- Perlukah suami memberi
nafkah kepada isteri sekiranya si suami telah memberi izin kepada
isterinya untuk bekerja?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan metod
campuran dalam proses mengumpulkan maklumat iaitu kajian kepustakaan dan kajian
lapangan. Pada peringkat pertama, metod kajian kepustakaan (arm chair research)
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang peranan wanita dalam mengimbangi kerjaya
dan keluarga dan perkara yang berkaitan dengannya. Maklumat diperolehi daripada
pelbagai buku, jurnal, tesis dan sebagainya.
Manakala pada peringkat
kedua, kajian lapangan (fieldwork research) dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan
data daripada kakitangan wanita tentang tahap kefahaman mereka tentang hak wanita
dan kerjaya. Kajian dijalankan dengan menggunakan instrumen temubual, seramai
12 orang responden diambil dengan menggunakan kaedah persampelan rawak
berkelompok yang akan mewakili populasi wanita yang berkerjaya di UKM.
SIGNIFIKASI KAJIAN
Kajian
ini penting untuk mendedahkan maklumat tentang keperluan wanita mengimbangi
antara kerjaya dan keluarga dan mengetahui serta menyedari hakhak mereka supaya
dapat menangani masalah dalam institusi kekeluargaan yang berlaku pengabaian
kepada wanita apabila terdapat segelintir suami tidak menunaikan tanggungjawab
dalam memberikan nafkah serta menyerahkan semua urusan rumahtangga termasuk
perbelanjaan harian kepada isteri.
Kajian ini juga penting supaya masyarakat dapat
mengenalpasti emosi yang membawa kepada gangguan dalam hubungan kekeluargaan
serta bertindak untuk mengatasinya agar mereka dapat meneruskan kehidupan
dengan lebih selesa.
KONSEP DAN HUKUM WANITA BEKERJA
Wanita diiktiraf sebagai
makhluk Allah SWT dan dimuliakan sama seperti lelaki. Islam memandang wanita
sebagai makhluk duniawi dan mempunyai roh yang sama dengan lelaki tetapi berbeza keadaan fizikal daripada
lelaki.
Wanita keluar bekerja di luar rumah merupakan
suatu keperluan masyarakat berdasarkan keadaan tertentu pada masa kini. Islam
tidak melarang perkara ini sepenuhnya dan tidak pula menyuruhnya. Apabila
wanita keluar bekerja di luar, mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab
asasi dalam rumah tangga dan anak-anaknya, kerana ia merupakan kefarduan yang
ditetapkan Islam ke atas wanita.
Menurut Dr. Yusof
al-Qaradawi (1995), seseorang tidak boleh mengharamkan sesuatu perkara tanpa
nas syarak yang benar-benar sahih serta jelas hukumnya, ini bermakna pekerjaan
wanita di luar rumah itu tidak boleh dihukumkan haram. Maka, hukum wanita
bekerja pada asasnya adalah harus, kerana asal kepada sesuatu perkara atau
tindakan itu adalah harus. Kadang kala ia menjadi harus dan kadang-kadang pula
ia akan menjadi wajib, terutamanya jika di dalam keadaan yang benar-benar
memerlukan wanita itu bekerja. Antaranya ialah janda atau wanita-wanita yang
diceraikan dalam keadaan tidak berharta dan sebatang kara, akan tetapi ia mampu
untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat menahannya daripada meminta-minta.
Menurut Ibn Qayyim
al-Dimasyqi (1953) pula, wanita dibenarkan menceburi pelbagai bidang pekerjaan,
tetapi disyaratkan supaya kegiatan dan perkerjaan yang dilakukan hendaklah
bersesuaian dengan fitrah kejadian wanita dan tidak bertentangan dengan hukum
syarak, iaitu tidak mendatangkan kemudharatan, fitnah dan bencana kepada orang
lain.
Oleh itu, wanita Islam yang berkerjaya
hendaklah memahami dengan jelas akan kedudukan mereka di dalam Islam,
melaksanakan serta mengutamakan tanggungjawab asasi kepada Allah SWT dan
keluarga, memahami konsep pekerjaan menurut Islam, dan berusaha memenuhi
tuntutan, batas-batas syarak dan adab ketika bekerja. Hal ini amat penting bagi
wanita berkerjaya, agar mereka tidak menyimpang dari landasan agama dengan
melaksanakan hak dan kewajipan seperti yang dituntut oleh agama Islam.
HAK NAFKAH WANITA BEKERJA
Berdasarkan temubual yang
kami kendalikan; kami boleh putuskan; daripada dua belas rumahtangga, hanya dua
dibiayai sepenuhnya oleh suami; dua dibiayai sebahagiannya oleh suami dan
sebahagiannya oleh isteri; dua dibiayai kebanyakannya oleh isteri dengan
bantuan suami dan tiga kes pula dibiayai sepenuhnya oleh isteri; sama ada si
suami tidak bekerja atau suami bekerja tetapi tidak membantu dalam perbelanjaan
keperluan rumahtangga sementara tiga daripada mereka pula tidak menjadikan
pemberian nafkah sebagai rutin bulanan di dalam kehidupan rumahtangga mereka
kerana mengikut keperluan semasa.
Realitinya, sangat ramai
yang telah maklum; tanggungjawab membiayai keperluan rumahtangga menjadi
tanggungjawab wajib seorang suami, tanpa sebarang pengecualian kecuali kes-kes
dharurat yang munasabah menurut syarak. Biarpun begitu, tidak salah jika si
isteri membantu.
Nafkah merupakan hak isteri
yang dipertanggunjawabkan ke atas suami, sama ada ia berbentuk wang ringgit,
makanan, tempat tinggal dan sebagainya
yang dianggap sebagai keperluan bagi seorang isteri. Pemberian nafkah
seolah-olah sebagai pembalasan kepada isteri yang telah menjadi milik suami melalui
akad yang sah.
Sesungguhnya satu perkara
yang memang telah diketahui umum bahawa seorang suami adalah wajib menanggung
segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja.
Islam malah agama lain juga
menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai
ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya.
Makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum
sebagai satu keperluan bagi isteri.
Firman Allah SWT yang
bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum
perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” – surah an-Nisa’
ayat 34.
Sekurang-kurangnya jika
wanita bekerja, kebergantungan kepada suami bukan lagi 100%. Bukan bermaksud
suami tidak diperlukan tetapi wanita akan lebih mudah berdikari dan tidak cepat
melatah jika ditimpa apa juga ujian dan dugaan.
HAK KELUARGA BAGI WANITA BEKERJA
Bedasarkan hasil temubual
yang kami jalankan, kebanyakan responden bersetuju dengan pernyataan yang
diajukan seperti mereka sempat meluangkan masa bersama keluarga walaupun
setelah penat bekerja, mereka mengutamakan tanggungjawab kepada keluarga
daripada kerjaya, mereka tidak membawa pulang tugasan ke rumah, mereka
melaksanakan tugasan rumah sendiri tanpa bantuan pembantu rumah, mereka memanfaatkan
waktu cuti bersama keluarga, mereka tidak pernah bertengkar dengan suami
tentang masalah kerja dan kerjaya mereka tidak mengganggu hubungan kekeluargaan
dan rumahtangga.
Dapatan kajian juga menggambarkan
bahawa responden mempunyai sikap tolong-menolong dalam meningkatkan taraf hidup
keluarga meskipun terdapat sebahagian daripada suami mereka telah mempunyai
pekerjaan. Kemungkinan ia disebabkan desakan taraf hidup yang semakin tinggi
dan mempunyai komitmen yang banyak.
Keseimbangan antara kerjaya
dan rumahtangga adalah penting dalam misi dan usaha seorang wanita berstatus
isteri mengekalkan keharmonian rumahtangganya. Maksud keseimbangan bukanlah
sama rata atau sama banyak masa diperuntukan untuk kedua-duanya tetapi keseimbangan
yang diperlukan ialah memberikan seluruh perhatian dan penumpuan kepada kerjaya
ketika waktu bekerja dan ketika berada di rumah pula, berikan seluruh perhatian
dan penumpuan kepada kehendak pasangan dan anak-anak.
CADANGAN
Hidup ini tidak dapat lari daripada melakukan
pengorbanan. Sebaiknya, korbankanlah sedikit masa rehat tetapi jangan sesekali
korbankan masa penting bersama pasangan dan anak-anak.
Seandainya dalam kesibukan
bekerja, kita masih mampu mengambil berat dan memberikan perhatian kepada
pasangan dan anak-anak, yakinlah kita takkan menghadapi masalah dalam kerjaya kerana
pasangan dan anakanak akan memahami tika kita terlalu sibuk hingga tidak dapat
meluangkan masa seperti biasa buat sementara. Namun, seandainya kita memang
jenis kurang peduli daripada awal, mana mungkin pasangan dan anak-anak akan
memahaminya?
Praktikkan juga untuk
meminggirkan emosi secara professional. Maksudnya, ketika penumpuan perlu kepada
kerjaya sedangkan ada masalah dalam rumahtangga, usahakan agar emosi tidak mengganggu
rutin pekerjaan. Jika gagal, kerja mungkin tertangguh dan boleh menyebabkan
kerjaya bermasalah. Jangan mudah mengharapkan simpati orang lain kerana sekali
mungkin boleh diterima tapi jika selalu? Untuk menguasai emosi, banyakkan zikir
mengingati Allah dan berdoa mohon diberikan kekuatan minda dan kelapangan
fikiran. Urusan akan dipermudahkan jika berusaha ke arah tersebut.
KESIMPULAN
Kefahaman mengenai hak
wanita bekerjaya ini amat penting bagi memastikan hak nafkah wanita tidak
diabaikan dan memastikan peranan hakiki mereka di dalam rumahtangga tidak
melanggar batasan yang telah ditetapkan Islam serta memastikan kecemerlangan
sesebuah institusi kekeluargaan, organisasi, masyarakat dan Negara dapat
dicapai.
Oleh kerana kajian ini
diperolehi daripada sampel yang kecil, maka kajian yang lebih mendalam dan
menyeluruh berhubung permasalahan hak wanita bekerjaya perlu dijalankan.
Walaubagaimanapun, secara umumnya kajian ini diharap dapat membuka jalan kepada
kajiankajian yang selanjutnya dan juga dapat menambahkan pemahaman masyarakat
mengenai hak wanita bekerjaya.
RUJUKAN
al-Qardhawi,
Yusuf. 1995. Fatwa Masa Kini. Terj. Zaidi Jalil, Engku Muhammad Tajuddin &
Norman. Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Nurul
Farahain Ismail dan Mohd Akil Muhamed Ali
Kajian Awal Tahap Kefahaman dan Pengamalan Terhadap BatasBatas Syarak
dikalangan Wanita Bekerjaya Jabatan Pengajian al-Quran & al-Sunnah Fakulti
Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Suzana
Ghazali. 1974. Dilema Wanita Bekerjaya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Jurnal
Fiqh, No 7. 2010. Nafkah Isteri Bekerja.
Jurnal
Of Governance & Development. 2010. Peranan Wanita Dalam Pembangunan
Keluarga dari Perspektif Fi Zilal alQuran
Jurnal
alHikmah 4. 2012. Kefahaman Terhadap Kedudukan Wanita Bekerjaya Menurut Islam
Kamus Dewan Edisi Baru. 1993. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kamus al-Jadid-Arab Melayu. 1993. Kuala Lumpur :
Penerbitan Seri Kota
Jumaat, 30 Oktober 2015
Di manakah Letaknya Nilai dan Hak-Hak Kemanusiaan???
BERILAH MEREKA HAK UNTUK HIDUP...
Banyak yang telah dilaporkan, entah berapa banyak pula lagi yang tidak dilaporkan. Ada yang ditemui dalam bentuk tidak cukup sifat iaitu dilahirkan secara paksa dan ada yang ditemui dalam keadaan cukup sempurna dan comel. Besar kemungkinan ia masih hidup ketika dibuang. Ia pasti akan meruntun jiwa siapa sahaja yang melihatnya sambil memikirkan siapakah yang tergamak memperlakukan bayi yang tidak berdosa itu sedemikian rupa.
Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan aqidah dalam kehidupan. Masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup membunuh dengan menanam anak-anak terutama anak-anak perempuan hidup-hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga dan kabilah.
Amalan jahiliyah tersebut kini berulang lagi malah lebih dahsyat di mana sesetengah bayi dibuang di merata-rata tempat kerana malu kepada masyarakat. Tempat-tempat pembuangan ialah di belakang rumah, tepi jalan, tepi hospital, masjid, tepi sungai, kedai, tempat pembuangan sampah, hentian bas, tandas dan lain-lain lagi.
Negara kita yang semakin berkembang pesat sama ada dari segi ekonomi , politik ataupun sosial yang sedang membangun menuju ke arah wawasan 2020. Namun begitu, di sebalik kegemilangan ini, masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah menjadi buah mulut rakyat malaysia iaitu gejala pembuangan bayi.Kes ini boleh dikatakan hampir setiap hari berlaku dan boleh kita ketahui melalui akhbar harian,majalah,media massa dan radio. Tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab yang telah membuang bayi adalah untuk menyembunyikan perbuatan jahat mereka.
Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku disebabkan oleh faktor-faktor utama seperti berikut:
1. Kekurangan didikan agama: ia menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu, terlibat dalam gejala negatif seperti pergaulan bebas.
2. Pengaruh rakan sebaya: rakan-rakan yang negatif mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas.
2. Pengaruh rakan sebaya: rakan-rakan yang negatif mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama seperti disko, menghisap dadah dan melakukan pergaulan bebas.
3. Sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum: oleh kerana masyarakat seringkali akan menghina mereka yang telah terlanjur dan mempunyai anak luar nikah, remaja tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuangkan bayinya.
Setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Oleh itu, semua masyarakat haruslah bekerjasama bergabung tenaga bagi membanteras dan mencegah supaya gejala pembuangan bayi ini tidak menular ke tahap yang lebih serius. Tindakan bersepadu Angkatan Relawan Rakyat (RELA), Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Rukun Tetangga (RT) perlu menangani pergaulan bebas dalam kalangan remaja dengan tindakan awal kerana “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”. Masyarakat perlu sedar bahawa bayi ini merupakan Anugerah Allah SWT yang diamanahkan kepada hambanya untuk bertanggungjawab dan menjaga malah sebaliknya bagi pasangan kekasih yang telah terlanjur,bayi yang akan dilahirkan itu menjadi satu beban kerana mereka tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab diusia yang masih muda iaitu usia remaja.
Kesimpulannya, Undang-undang Syariah wajib diperkasakan bagi membendung gejala pembuangan bayi daripada terus berlaku. Sehubungan itu, bagi merealisasikan perkara ini kita sebagai umat Islam harus kembali kepada Al-Quran dan Sunnah yang telah terbukti berkesan dalam menangani permasalahan seperti ini..
Persoalannya, apakah punca yang telah menyebabkan masalah gejala pembuangan bayi ini semakin meningkat?????
Dimanakah Hak Mereka Untuk Hidup?????
Rabu, 28 Oktober 2015
Perjuangan Mencari RedhaMu Ya Allah...
Bismillahirrahmaanirrahiim...
Assalamualaikum w.b.t...
Segala puji bagi Allah tuhan yang mentadbir sekelian alam...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat baginda serta para tabi' tabi'in...
Sesungguhnya kuasa, harta dan nasab keturunan tanpa dukungan kekuatan iman akan menyebabkan berlaku penzaliman.. Iblis menjadi sombong kerana merasakan dirinya lebih mulia kerana diciptakan daripada api, Firaun menjadi zalim kerana mempunyai kuasa yang tidak terbatas dan Qarun bertukar zalim kerana limpahan harta yang banyak...
Allah Maha Berkuasa mengurniakan petunjuk dan HidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Hanya itu yang dapat mengubah manusia dan kehidupannya daripada kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa...
Formula meraih hidayah Allah amat mudah.. Apabila seseorang berbahagia, Allah memudahkan kebaikan untuknya.. Dan jika dia dalam kalangan orang yang menderita, maka dia terdorong melakukan amalan orang yang menderita ( penghuni neraka )...
Jadi, hidayah dan petunjuk Allah akan mengiringi setiap orang yang berusaha mendapatkan kebaikan. Sebagaimana kita berusaha untuk mendapatkan rezeki dan habuan dunia, perkara yang sama juga perlu kita lakukan untuk mendapat ganjaran di akhirat...
Ayuh, mari kita berusaha mencari lebih banyak kebaikan dan pahala...!
Assalamualaikum w.b.t...
Segala puji bagi Allah tuhan yang mentadbir sekelian alam...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat baginda serta para tabi' tabi'in...
Sesungguhnya kuasa, harta dan nasab keturunan tanpa dukungan kekuatan iman akan menyebabkan berlaku penzaliman.. Iblis menjadi sombong kerana merasakan dirinya lebih mulia kerana diciptakan daripada api, Firaun menjadi zalim kerana mempunyai kuasa yang tidak terbatas dan Qarun bertukar zalim kerana limpahan harta yang banyak...
Allah Maha Berkuasa mengurniakan petunjuk dan HidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Hanya itu yang dapat mengubah manusia dan kehidupannya daripada kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa...
Formula meraih hidayah Allah amat mudah.. Apabila seseorang berbahagia, Allah memudahkan kebaikan untuknya.. Dan jika dia dalam kalangan orang yang menderita, maka dia terdorong melakukan amalan orang yang menderita ( penghuni neraka )...
Jadi, hidayah dan petunjuk Allah akan mengiringi setiap orang yang berusaha mendapatkan kebaikan. Sebagaimana kita berusaha untuk mendapatkan rezeki dan habuan dunia, perkara yang sama juga perlu kita lakukan untuk mendapat ganjaran di akhirat...
Ayuh, mari kita berusaha mencari lebih banyak kebaikan dan pahala...!
Langgan:
Catatan (Atom)