Bismillahirrahmaanirrahiim...
Assalamualaikum w.b.t...
Segala puji bagi Allah tuhan yang mentadbir sekelian alam...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat baginda serta para tabi' tabi'in...
Sesungguhnya kuasa, harta dan nasab keturunan tanpa dukungan kekuatan iman akan menyebabkan berlaku penzaliman.. Iblis menjadi sombong kerana merasakan dirinya lebih mulia kerana diciptakan daripada api, Firaun menjadi zalim kerana mempunyai kuasa yang tidak terbatas dan Qarun bertukar zalim kerana limpahan harta yang banyak...
Allah Maha Berkuasa mengurniakan petunjuk dan HidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Hanya itu yang dapat mengubah manusia dan kehidupannya daripada kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa...
Formula meraih hidayah Allah amat mudah.. Apabila seseorang berbahagia, Allah memudahkan kebaikan untuknya.. Dan jika dia dalam kalangan orang yang menderita, maka dia terdorong melakukan amalan orang yang menderita ( penghuni neraka )...
Jadi, hidayah dan petunjuk Allah akan mengiringi setiap orang yang berusaha mendapatkan kebaikan. Sebagaimana kita berusaha untuk mendapatkan rezeki dan habuan dunia, perkara yang sama juga perlu kita lakukan untuk mendapat ganjaran di akhirat...
Ayuh, mari kita berusaha mencari lebih banyak kebaikan dan pahala...!
Zaman Jahilliyah kembali lagi...kanak-kanak yang tidak berdosa diperlakukan sedemikian..dimana akal manusia yang sanggup bertindak sedemikian? sedang kan binatang pun menyayangi anaknya..Allah kurniakan akal pada manusia..Alluharabbi..sedih saya baca blog akak...dari Mohd Hafiz Bin Othman GB02571
BalasPadam